Wednesday, March 26, 2014
Keluar dari masalah dan kesedihan
Diceritakan satu hari se ekor keldai milik seorang petani telah masuk ke sebuah lubang kolam. petani tadi berfikir bagaimana mahu menolong keldai itu keluar sedangkan keldai itu terlalu berat dan mengambil keputusan menimbus sahaja keldai tersebut lagi pun keldai tadi sudah tua, tidak berguna lagi untuknya.
Petani itu mengambil skop , cangkul dan pongkis dan menimbus kolam itu dengan tanah dan dia meminta bantuan dari jirannya. Apa yang menakjubkan keldai tadi mengoncang-goncangkan badannya dan tanah tersebut turun kebawah. bila jatuh kebawah keldai tadi memijak tanah tersebut. diulang hingga satu perkara yang menakjubkan pada keldai tadi akhirnya keldai itu dapat meloncat keluar dari lubang.
Jika anda masih didalam masalah dan kesedihan anda seperti keldai didalam kolam tersebut, sebenarnya anda akan ditimbus lebih banyak sampah dan tanah oleh dunia sekeliling anda. Sudah jatuh lebih ditimpa-timpa.
Tanah dan sampah itu sebenarnya adalah masalah dan kesedihan. Anda perlu mengoncangkan tanah dan sampah yang dituang orang dalam kolam tersebut dari badan anda agar jatuh kebawah. Lalu sedikit demi sedikit anda perlu pijak tanah tersebut dan cuba melompat keluar dari lobang tersebut. Jika tidak, sampah dan tanah tersebut yang di buang orang dalam kolam tadi akan membunuh anda.
Nasihat : Bebaskan diri dari kebencian, bebaskan fikiran dari kecemasan, hiduplah sederhana, berilah lebih banyak, tersenyumlah serta milikilah teman yang boleh membuat anda tersenyum. Ini lumrah dunia . Faham ke ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment