Tuesday, May 27, 2014

Kem Bijak Urus Wang Untuk Pelajar Sekolah

------------------------------------------------------
Kem Bijak Urus Wang Untuk Pelajar Sekolah 
===========================

Anak anda cuti sekolah kan. Tak ada buat apa kat rumah. Asik duduk tengok tv je. Saya cadangkan anda hantar ke kem bijak urus wang bersama coach bahar. 

Tarikh :: 9 - 14 Jun 2014 
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre , Muar.

Satu kem motivasi kewangan untuk anak-anak sekolah. Visi saya dalam kem ini adalah untuk mendedahkan anak-anak ini dengan ilmu kewangan dan ilmu perniagaan basic. Jangan takut, kem ini lengkap dengan kerohanian dan motivasi. Bukanlah tahu berniaga dan lupakan pelajaran pula.

Anak ini perlu di dedahkan dari awal pengalaman berniaga. Dalam seminggu saya akan ajarkan perkara asas dalam pengurusan kewangan melalui cash game. Kem ini akan di kendalikan saya sendiri dan berdasarkan modul problem base learning. Mereka akan dapat pengalaman praktikal hingga pandai menjual.

Anak kita akan membesar, anak kita boleh diajar 101 ilmu teknikal. Anak kita nanti tahu nak jadi jurutera, anak kita tahu jadi pensyarah , anak kita seorang doktor tetapi anak kita tak tahu ilmu urus wang.

Anak kita selalu di ajar bagaimana bekerja untuk mendapatkan wang tetapi tak tahu bagaimana wang boleh jadikan banyak lagi wang. Banyak wang boleh tolong orang. Tak tahu simpan wang dan tak tahu gandakan wang. Akhirnya anak kita jadi macam kita terbelit dengan hutang.

Kem ini menyeronokan, penuh dengan motivasi dan ilmu urus wang. Ianya perlu di hadir untuk ramai remaja. Terbuka dari anak yang berumur 13-19 tahun. Yuran adalah RM450 untuk kem 5 hari 4 malam termasuk penginapan dan makan.

Apa lagi, daftar segera dengan sms ' bijak wang ' dan hantar ke 0137999415. Jangan terlepas peluang ini untuk anak anda.

http://coachbahar.blogspot.com/

mohon share

Seminar Seni Berniaga

-----------------------------
Seminar Seni Berniaga
==================



Rahsia bisnes orang cina

1. Jimat cermat

Mereka memang berjimat dalam berniaga. Saya tahu perkara ini. Jika barang yang masih boleh dipakai, mereka akan jaga dari rosak dikedai mereka. Mereka sangat berjimat cermat.

2. Rajin berusaha

Mereka rajin berusaha, buka kedai jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Mereka kata kalau tak kerja nanti jadi malas. Walau mereka dah tua, mereka tetap berniaga. Tengok di kedai runcit milik mereka, mereka tetap bekerja dalam bisnes mereka walaupun ada ramai pekerja. Setiap hari mereka datang.

3. Tidak memberi hutang, hanya pada yang di kenali sahaja.

Mereka akan percaya pada mereka yang mereka kenal atau dikenalkan kepada mereka. Mereka takut memberi hutang kerana takut makan pangkal modal.

4. Harga berpatutan

Ini kemahiran tinggi pada mereka. Mereka akan jual murah dan prinsip mereka adalah lebih baik jual murah untung sikit dari barang tak laku-laku. Mereka pusing duit mereka...pusing dan pusing.

5. Senyuman dan layanan pelangan.

Mereka sendiri yang layan pelanggan. Mereka takut pelanggan lari. Pelanggan adalah raja bagi mereka.

6. Kejar masa

Mereka tidak mungkin buang masa, mereka bekerja berusah bersungguh. Bila ada peluang mereka buat sampai habis. Mereka mengejar masa, kalau boleh sentiasa berlari untuk pastikan semuanya cepat.

7. Semak kunci kira kira setiap hari.

Ini yang kurang dibuat oleh bangsa lain. Walaupun bisnes mereka kecil, setiap hari mereka tengok akaun mereka. Mereka sangat berhati - hati.

Masih ada 27 rahsia seni berniaga bangsa cina yang boleh dibuat panduan peniaga baru. Mungkin ada yang berminat nak tahu...saya kongsikan dalam seminar bisnes berseni 2 hari 1 malam pada hujung minggu ni di Batu Pahat. SMS ' seni berniaga ' dan hantar ke 013-7999415 untuk tahu detial.

Bukan itu sahaja, saya akan ajarkan bagaimana anda boleh mengupas idea menjadi bisnes dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Tempat untuk seminar ini adalah terhad.


Tarikh :: 31 May dan 1 Jun 2014
Tempat :: D'impian Inn Hotel Batu Pahat
Pendaftaran :: Sabtu jam 10 pagi - 3 petang hari Ahad.

Tak kira anda ni siapa dan kerja apa...seorang guru ke atau seorang peguam ke atau seorang peniaga ke. Anda boleh hadir ke seminar saya kerana di sini saya mengajar seni berniaga dan seni mengurus duit.

Ramai orang yang nak belajar dari kejayaan orang lain tetapi jarang kita belajar dari kegagalan orang lain supaya kita mengurangkan kegagalan kita nanti. Saya telah melalui perniagaan yang panjang dan pelbagai, saya ajarkan bagaimana seni mengandakan duit dalam perniagaan.

Jika anda

1. Sudah berniaga tapi masih bekerja dalam perniagaan anda dari dulu hingga sekarang. Anda dialu-alukan hadir ke seminar saya.

2. Jika anda masih bekerja 14 jam dalam bisnes anda hingga tak ada masa dengan anak-anak.

3. Jika anda macam kerja kuat tapi untung bisnesnya tak nampak-nampak.

4. Jika anda sudah merancang nak berniaga tapi tak jalan-jalan pun bisnes itu.

Saya syorkan untuk anda hadir ke seminar saya 2 hari 1 malam ni. Seminar ini sangat menyeronokkan dan bukan seperti seminar yang lain. Yuran seminar ini termasuk penginapan hotel dan makanan sepanjang seminar.

Kepada 10 orang pertama yang mendaftar anda akan mendapat 50% diskaun. Bertindak sekarang dengan sms ' seni berniaga ' dan hantar ke 013-7999415 untuk maklumat lanjut.

http://coachbahar.blogspot.com/

Monday, April 28, 2014

Seminar Jom Berani Berniaga bersama Coach Bahar.


----------------------------
TAWARAN HEBAT
----------------------------

Tajuk :: Seminar Jom Berani Berniaga bersama Coach Bahar. 
Tarikh :: 16, 17 dan 18 May 2014 (JUMAAT, SABTU DAN AHAD)
Tempat :: D'impian Country Resort Muar, Johor

Bagaimana dengan matlamat bisnes anda pada 2014 ni, adakah sudah tercapai atau belum lagi tercapai? atau semua matlamat anda gagal langsung tahun ni. Jangan terlalu kecewa.

Sebelum berakhirnya setengah tahun ni saya ingat nak anjurkan satu seminar power yang best iaitu seminar berani berniaga 2014. Seminar jati diri untuk menjadi seorang usahawan yang hebat.

Insyaallah, saya akan membawa modul keusahawanan yang bukan sekadar motivasi semangat tetapi saya bawakan tip dan cara-cara untuk anda bangkit berjaya dalam bisnes anda tahun 2014.

Sebagai pesarta seminar kali ini apa yang uniknya adalah saya akan bawa semua peserta meninjau semua operasi bisnes D'impian Group termasuk perhotelan dan training centre, D'impian Agro, Kilang Baja, Bisnes Training, Bisnes restoran, bisnes catering, tanaman serai dan bisnes on-line. Saya bawa pusing semua dari muar ke batu pahat semua bisnes kami. Anda boleh belajar terus dari apa yang anda lihat dan bagaimana boleh membuat untung dari bisnes.

Seminar ini adalah dalam kumpulan yang kecil supaya saya sendiri boleh melayan sendiri semua peserta yang hadir, buat sama-sama BMC bisnes anda sampai jadi, menjawab soalan strategy marketing plan bisnes anda dan lain-lain masalah bisnes anda.

Mungkin anda rasa mahal seminar ni, mungkin anda rasa dan beri alasan jauh, mungkin anda fikir macam mana nak cuti kerana dibuat hari bekerja itu semua adalah alasan untuk anda mendapat sesuatu yang bermakna dan menukarkan anda menjadi seorang usahawan yang luar biasa. Saya yakin, sukar untuk mencari seminar seumpama ini.

Bayaran beribu ringgit pun selalunya anda akan duduk didalam dewan seminar dan tidak dapat melihat contoh bagaimana rahsia menjalankan bisnes sebenar dan sekadar motivasi sahaja jika anda hadir seminar bisnes yang biasa. Bayangkan bagaimana anda mendapat ilmu dan tip membeli dan membina hotel anda sendiri, mempunyai syarikat catering yang menguruskan 30 event sebulan, belajar dan tahu bagaimana selok belok bisnes fizikal dibuat. Ini sebuah seminar yang mahal pengalaman nya.

Bukanlah saya boleh memganjurkan selalu seminar seumpamanya, mungkin setahun pun sekali sahaja dengan kesibukan saya. Anda boleh bercuti sambil mendapat ilmu, membesarkan rangkaian bisnes anda dengan rakan peserta yang hadir.

Insyaallah saya buka pendaftaran awal seminar ini hari ini untuk 10 peserta terpantas mendaftar. Saya beri 50% potongan harga kepada mereka yang mendaftar awal. pendaftaran nya amat mudah dengan 4 langkah sahaja

1. SMS " seminar " dan hantar ke 013-7999415
2. Anda akan mendapat balasan SMS arahan detial yuran dan number akaun.
3. Setelah yuran telah dibayar anda boleh email NAMA, ALAMAT EMAIL, PHONE NUMBER, BUKTI PEMBAYARAN ke mybaha76@yahoo.co.uk. Hantar atas tajuk :seminar coach bahar 2014.

+ yuran seminar yang saya tawarkan adalah termasuk penginapan 3 hari, 2 malam dan makan dan semua pembelanjaan lain semasa seminar.

Coach Bahar.

Wednesday, March 26, 2014

Seminar



Seminar " Kenapa Saya Perlu Berniaga "
Tarikh :: 12 April 2014 (Sabtu)
Masa :: Bermula jam 10 pagi - 6 petang 
Tempat :: PKNS Biz Point, Shah Alam 

Siapa yang perlu hadir ::

1. Anda masih belum memula apa-apa bisnes.
2. Anda tercari-cari idea untuk mulakan bisnes
3. Anda dah buat bisnes tapi masih terkial-kial menguruskan nya
4. Anda yang sudah berniaga tetapi tak ada sistem. sampai sekarang masih bekerja dalam bisnes sendiri.
5. Anda yang nak tahu tip-tip meningkatkan jualan bisnes anda.
6 Anda yang nak tahu setup mesin duit secara pasif
7. Anda yang nak bangkit dalam bisnes anda yang merundum hari ini
8. Anda yang tak ada apa-apa kerja pada hujung minggu 12 April 2014.

Hari ini 27 March 2014 saya mula lancarkan pendaftaran awal kepada yang berminat

Seminar ini harganya yurannya adalah RM300 seorang tetapi

Anda hanya membayar RM198 sahaja untuk pendaftaran 2 orang sebelum 31 March 2014. Ya DUA ORANG DAN MEMBAYAR HANYA RM198 sahaja. Yuran seminar ini akan semakin naik dari masa ke semasa sehingga tarikh seminar. Seminar termurah yang pernah saya anjurkan. rebutlah peluang mereka yang terawal.

Anda masih boleh mendaftar selepas 31 March 2014

Yurannya ------->> RM210 Seorang

Bermula 7 April 2014

Yuran pendaftaran adalah --------->> RM300 Seorang. selepas tarikh itu

---------------------
Cara mendaftar
=============

1. Bankin RM198.00 ke akaun Maybank 501589003549 atas nama dimpian inn.

2. Mesti email detial Nama peserta, number phone, dan alamat e-mail serta pembuktian bayaran. Hantar email anda ke coachbaharuddin@gmail.com atas taruk "Seminar 13 April 2014".

3. Jika tak ada email anda boleh juga SMS kepada saya dan hantar ke 013-7999415 dan hantar butiran Nama peserta, number phone, dan alamat e-mail . Bukti pembayaran boleh anda tunjuk pada hari pendaftaran.

4. Selepas itu saya akan daftarkan. Sebarang masalah boleh hubungi staf saya NISA pada talian 07-4530600

Gambar







E-BOOK


















Senarai Ebook yang ada di pasaran 
  1. Tranformasi Idea Bisnes
  2. 33 Tip Jadi Usahawan
  3. 47 Rahsia Jutawan
  4. Panduan Jana Duit RM100 Sehari
  5. Kuasai Bisnes Anda dalam masa 24 jam
  6. Buat Duit dengan serai
  7. Tip Bisnes Anda 
  8. Marketing Revolution 
  9. 33 idea terlajak laris
  10. Panduan bisnes online




Syarikat D'impian Group



D'IMPIAN COUNTRY RESORT
234, Kampung Sungai Belukang
83600, Semerah,
Batu Pahat, Johor.
019-7778431 / 069872757




D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE(Muar)

Lot 3842B, Parit Kassim, 84000,
Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392)
Phone: 069872757

Puan Zawiyah :: 0197778431




Hotel D'IMPIAN INN (HQ)
(Cawangan: Parit Raja)
No. 12, Jalan Cempaka 3,
Taman Cempaka Biru,
86400, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
Tel : 607-453 2744 / 607-454 1744
Fax : 607- 454 5224 /Hp No: 019-714 3224
E-mail : dimpian_inn@yahoo.com





Hotel D'IMPIAN INN
(Cawangan: Shah Alam) 
NO 7-10-1A,
DATARAN OTOMOBIL SEKSYEN 15
SHAH ALAM SELANGOR
E-mail : dimpian_inn@yahoo.com
Phone : 603-55231678/0126754350/019-3676 411




D'impian Kopitiam
Jalan Cempaka 3,
Taman Cempaka Biru,
86400, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07-4542614 / 074332744



D'KAKILELONG (Muar)
MBP 22, Jalan Temenggong Ahmad,
Kampung Parit Perupok,
84000, Muar, Johor.

Asri :: 017-744 2272 @ 06-9872757



D'Carz (Parit Raja)
Jalan Cempaka 3,
Taman Cempaka Biru,
86400, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07-4332744



D'IMPIAN CATERING
Lot 3842B, Parit Kassim, 84000,
Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392)
Phone: 069872757
Puan Zawiyah :: 0197778431


RESTORAN MOHAMED LONG
Masakan Cina Muslim
Jalan Cempaka 3,
Taman Cempaka Biru,
86400, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07-4542614 / 074332744


D'impian On-Line




D'impian Agro 

Perkongsian



BAB 1::

Hidup Anda Tanggungjawab Anda 

BAB 2 ::

Pantang Larang Bisnes Baru Bangun

BAB 3 ::

Sembilan Tip Tingkat Jualan Restoran

BAB 4 ::

Untuk Berjaya, Keluar dari Kesedihan 

Hidup Anda Tanggungjawab Anda

1. Anda perlu bertanggungjawab dengan diri anda 100% termasuk hasil yang anda perolehi, kualiti tahap kesihatan, pendapatan , hutang piutang, perniagaan anda, tahap pendidikan anda dan perasaan anda sekarang.

Mudah untuk difaham, anda bertanggungjawab secara keseluruhan hidup anda. Anda tidak boleh menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, menyalahkan nasib dan takdir. " Anda tidak boleh menyalahkan angin, musim dan keadaan tetapi anda boleh mengubah diri anda sendiri"

2. Buang jauh-jauh dengan alasan
ada yang mengatakan 99% orang yang terus menerus gagal adalah mereka memberi alasan. Saya belajar satu formula iaitu ( situasi + tindakan = hasil ). Jika dalam situasi sekarang dan masalah anda sekarang contohnya , apa tindakan anda untuk mendatangkan hasil yang lebih baik. atau jika anda mahukan hasil yang terbaik esok, apakah tindakan anda hari ini dalam situasi anda sekarang.

termasuk anda sudah malas untuk membaca posting saya yang panjang menjela, mungkin hasilnya ada terlepas peluang mendapat ilmu yang bermunfaat ini. saya cadangkan jika tiada masa copy atau share posting ini dan nanti boleh dibaca semula.

3. Apabila anda tidak suka HASILNYA, tukar tindakan anda.

4. Anda tidak boleh mengubah suasana, anda boleh mengubah tindakan anda untuk mendapatkan hasil yang baik.

contoh jelas, bagaimanakah anda untuk anda mengubah keadaan ekonomi yang merundum kebelakangan ini. paling kurang anda hanya boleh bercakap dan bersembang menghempas meja dan menyalahkan orang lain.

Mungkin ada faktor lain dan orang lain salah dalam keadaan dan suasana sekarang, persoalannya bolehkan anda mengubahnya?. lebih baik anda berfikir bagaimana anda mengubah tindakan anda untuk terus berjaya.

Dalam suasana begini, mungkin anda boleh menukar produk atau menukar cara marketing. jangan hanya duduk dikedai menunggu pelanggan tetapi keluar ke pasaran mencari orang.

Jika ada peluang mengubah nanti, lakukan perubahan itu.

5. Apa yang anda alami hari ini adalah kesan dari hasil tindakan masa lalu.

6. Tindakan yang sama akan memberi result yang sama. selalu kita dengan mereka yang beruntung adalah mereka yang lebih baik dari semalam. itu hanya impian semata-mata. hari kita mengubah tindakan kita adalah hari kita mula berubah menjadi lebih baik. sekiramya kita mahukan hasil yang berbeza, kita perlu melakukan sesuatu yang berbeza.

7. Berhenti menyalahkan orang lain.

8. Berhenti merungut dan lakukan sekarang. jika anda merungut pun , apa yang anda dapat. Anda akan terus beremosi

9. Kita perlu mencipta apa yang kita mahukan. jika tidak, anda hanya menerima sahaja apa yang akan terjadi pada diri kita. Selesaikan secepat mungkin dan usah bertangguh, sebelum keadaan bertambah teruk.

10. Berhati-hati amaran lampu kuning.

Sebelum sesuatu berlaku , kita selalunya mendapat beberapa isyarat gerak hati. jika anda tidak mempedulikannya, hidup anda akan lebih parah.

Selalunya gerak hati mendapat lampu kuning dengan kita terbayang-bayang, lintasan fikiran yang tak baik, muncul rasa takut dan mimpi di malam hari.

11. Hidup kita akan menjadi lebih mudah segera bertindak.

12. Prinsip mudah tetapi sukar di laksanakan

tumpukan perhatian dengan hasil yang mahu di capai dan tindakan apa yang anda lakukan.


Pantang larang bisnes baru bangun


+ buat dari kecil dan gunakan modal sendiri.

Buatlah apa sahaja bisnes, asal boleh buat duit. Belajar cari duit dulu baru belajar cari projek buat duit. Akhirnya boleh pandai cari orang yang buat duit untuk anda. 

Kadang-kadang kita baru belajar berbisnes kita perlu cari minat kita dalam bisnes. Ikut orang dulu, belajar dari kecil. 

+ belajar menjual dari sibuk membuat

Ramai orang kita pandai membuat, ramai orang yang pandai menanam tetapi tak pandai menjual. Nadi sebuah perniagaan adalah dari aktiviti pemasaran nya.

+ jangan pinjam duit sedara mara, kalau tak jadi bercerai berai.

Nak buat apa bisnes maju tapi buat duit untuk orang lain. Biar kecil tapi berhasil.

+ asingkan gaji dengan pendapatan syarikat

Satu hal lagi ramai rakan bisnes yang buat bisnes dapat duit enjoy sendiri. Dapat 10 ribu beli itu dan ini untuk diri sendiri. Hutang persinal , sendiri bayar. Hutang syarikat , staf kerja untuk bayar hutang.

+ displin tinggi

Ramai yang ingat bila kerja dan berniaga sendiri boleh sesuka hati datang pejabat lambat sesuka hati buka kedai jam berapa. Buat macam anda bekerja , pergi ke pejabat, jangan ikut orang lain. Rakan niaga saya berbangsa cina walau sudah 20 tahun berniaga masih membuka kedainya jam 9 pagi sebelum keluar buat marketing.

+ pergi cari ilmu dengan membaca dan hadir seminar . Jangan saya duit menuntut ilmu dengan ilmu anda boleh menjana banyak lagi duit.

Pelaburan yang baik adalah melabur untuk memandaikan diri sendiri.

+ fokus dan jangan tamak

Jangan buat bisnes ikut -ikut, tengok orang buat itu ..... nak buat itu. Tengok orang boleh buat ini....stop niaga yang itu buat yang ini. Mana kesudahannya.

+ gunakan teknologi media sosial facebook dan blog.

Boleh mempercepatkan untuk anda maju dalam bisnes.

+ bersabar dengan jati diri yang tinggi.

Orang berniaga bukan macam orang makan gaji. Ramai orang tak faham, anda perlu sanggup bekerja 7 hari seminggu dan on call 24 jam. Semua kerja kuat anda akan terbalas tidak berapa lama lagi.

Anda belajar sesuatu dalam perkongsian ini. Sila line dan share.

Sembilan tip meningkatkan jualan restoran dan kafe anda







1. Mulut ke mulut atau testimonial

Cara ini merupakan cara tradisional yang masih efektif hingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah dengan mengundang beberapa orang target market sebagai contoh mereka yang aktif dalam ber facebook dikalangan orang perempuan dan mewakili pelbagai jabatan . Berikan layanan dan rasa terbaik dari contoh makanan tersebut, tapi tetaplah jaga kualiti produk anda. Jangan sampai contoh yang diberikan lebih baik dari produk yang dijual di kedai. nanti mereka dakwa "hari datang makan besar pinggan nya, kenapa hari ni kecil"

2. Promosi melalui sosial networking 

Tentunya anda sudah tidak asing lagi dengan facebook, twitter, wordpress, youtube dan lain-lain. Anda boleh menggunakan cara ini, karana murah dan mudah untuk dikendalikan. Anda boleh mengupload gambar-gambar makanan di restoran anda dan jangan lupa berikan alamat dan phone number juga link website restoran anda. Rajin-rajinlah untuk memberikan berita terbaru tentang restoran anda melalui media ini.

3. Loyalty programs

Anda boleh memberikan point-point pada setiap pembeli. Jika pembeli sudah mencapai suatu point tertentu, anda boleh memberikan voucher atau diskaun khusus kepada pembeli anda.

4. Up-selling

Up-selling adalah suatu cara mempromosikan suatu produk semasa pembeli sedang berinteraksi dengan penjual. Misalnya dengan memberitahukan manfaat dari produk tertentu atau menu baru dengan diskaun tertentu. Tapi perlu kehati-hatian saat melakukan up-selling, jangan sampai pembeli merasa dipaksa untuk membeli suatu produk.

5. Mengadakan suatu acara atau event

Acara seperti pertunjukan memasak, kursus memasak secara mudah, acara ulang tahun atau acara anak dan lainnya. Acara seperti ini boleh menarik pelanggan untuk datang ke restoran anda. Bila acara berlangsung jangan lupa memberikan contoh-contoh makanan atau promosi-promosi kepada pelanggan anda.

6. Email dan mobile marketing

Mintalah alamat email atau nombor handphone pembeli jika ada, dengan ini anda boleh memberikan update-update terbaru tentang restoran anda setiap saat kepada pembeli. Tapi jangan lupa untuk menanyakan kepada pembeli apakah mereka bersedia untuk dihubungi melalui email atau sms jika terdapat promosi. Karana ada juga pembeli yang sering terasa terganggu untuk menerima promosi-promosi seperti ini. 

7. Blog dan video

Buatlah blog tentang rumah makan anda melalui blog gratis seperti wordpress atau blogger. Dengan ini restoran anda boleh diketahui oleh masyarakat lebih luas. Jika mungkin buatlah video tentang restoran anda dan upload di jejaring sosial seperti facebook dan youtube. Sehingga pembeli merasa tertarik untuk datang ke bisnis anda.

8. Stiker promosi di tempat-tempat menunggu

Stiker kecil tentang restoran kita boleh dibuat dan ditempelkan di tempat-tempat umum, terutama tempat-tempat dimana banyak orang menunggu seperti tempat perhentian bas. Atau anda juga boleh memberikan stiker motor atau kereta di tempat parkir yang bertuliskan nama dan foto makanan yang disediakan di restoran anda. 

9. Banner 

Buat banner promosi di tepi jalan dan tempat mudah dilihat orang ramai. 

Tip dari Restoran Mohamed LONG : Masakan Cina Muslim 
mohamedlong.blogspot.com