Tuesday, April 7, 2015

Bizcamp Anak Muda Coach Bahar :: 10-12 April 2015


Semangat berniaga vs seni berniaga

Apa khabar semua sahabat.

Ramai orang nak berniaga, tapi banyak masalah mereka sebelum berniaga. Menyebabkan mereka tak buat-buat. Banyak idea tetapi tidak menjadi realiti. Kenapa jadi macam tu ?.

Ramai yang memberi semangat untuk berniaga. Maka ramailah berkobar-kobar nak berniaga. Ada yang punya modal sendiri dan ada yang sanggup berhutang untuk mulakan bisnes.

Semangat boleh dibugarkan. Dengan pidato yang hebat, kita boleh bangun dan berperang. Tetapi perkara keduanya adalah adakah sudah cukup persediaan pergi berperang ?.

Dalam medan peperangan sebenar perluru tak kenal siapa. Bukan macam permainan game komputer ada 3 nyawa. Kalau mati satu ada dua lagi untuk teruskan perjuangan. Jika tidak cukup persediaan dan latihan dimedan perang kita boleh mati KATAK.

Dalam bisnes pun begitu juga. Semangat berniaga kita perlu. Tetapi perkara yang lebih SENI BERNIAGA. Ramai yang kecundang di medan realiti bisnes adalah kerana tidak mempunyai  seni berniaga.

Seni berniaga adalah ilmu. Ilmu adalah pengalaman apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita rasa, apa yang kita dengar dan apa yang kita buat.

Perkara pertama dalam bisnes sebenarnya bukan modal. Perkara yang perlu ada pada seorang usahawan adalah keyakinan dan jati diri yang tinggi.

Anak muda perlu belajar seni berniaga. Anak muda perlu tahu perkara yang perlu dan perkara yang tak perlu dita buat dalam berniaga.

Saya memulakan bisnes saya seawal umur 18 tahun. Saya tubuhkan syarikat pertama saya. Saya berniaga pada masa itu kerana terdesak dan terpaksa.

Banyak cerita jatuh bangun dalam dunia peniagaan. Kalau tak calang-calang tentu terkubur niat berniaga lebih lagi bila diperlekehkan orang lain.

-Orang bisnes perlu degil tapi bukan keras kepala.

Ilmu prektikal.

Lebih lima tahun saya memperjuangkan ilmu prektikal. Saya jumpa ramai orang dan mengajar ilmu prektikal sebenar dalam bisnes. Orang tanya saya ..." modul ada saya ajar ". Saya tidak ada modul. Saya ajarkan minda berniaga anak muda.

Jika teori itu penting, lebih ramai orang yang telah mendapat kelas pertama dalam kuliah perniagaan dan mereka sudahpun berniaga dan kaya raya. Malangnya mereka tetap menjadi pekerja.

Saya terapkan pada anak muda

- Minda usahawan.
- Kenalpasti potensi idea bisnes
- Celik kewangan
- Stratigi pemasaran.
- Analisis pasaran
- Perancangan bisnes

Jika anda mahu belajar seni berniaga dan anda atau anak anda adalah dalam sasaran iaitu remaja. Berumur dari 17 tahun hingga 26 tahun. Boleh sertai camp ini.

SEMINAR BIZCAMP ANAK MUDA 2015
Tarikh :: 10 - 12 April 2015 ( 3 hari 2 malam ).
Lokasi :: D'impian Country Resort Batu Pahat Johor.

Bukan susah sangat nak datang naik bas je boleh turun muar. Staf saya boleh ambil.

Pendaftaran

Boleh whatsapp nama , email dan phone nomber ke 019.777.8430 atau sebarang pertanyaan boleh call ke 019.777.8431.

Peluang kepada 30 orang terawal dengan yuran promosi hanya RM200 termasuk seminar , penginapan dan makan.

Sangat berbaloi-baloi.

Semua detial akan dimaklumkan kepada peserta setelah mereka mendaftar. Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran.

No comments:

Post a Comment